Khamis, 11 Oktober 2012

PENGENALAN

        Asrama Politeknik Ungku Omar terletak di Jalan Raja Musa Mahadi, 31400 Ipoh Perak.Asrama ini berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan dan bersebelahan dengan Radio Penyiaran Perak (RTM) di sebelah kanan dan kiri Institut Tadbiran Islam Malaysia (INTIM).Asrama Politeknik Ungku Omar terdiri dari 5 buah blok asrama perempuan dan 3 buah blok asrama lelaki.Asrama ini boleh menampung kapasiti seramai 700 orang pelajar yang tinggal 2 orang sebilik.Seramai 422 orang pelajar perempuan dan 278 orang pelajar lelaki.Asrama ini telah mula dibina mulai  tahun 1969.Pada  peringkat awal sebanyak 3 buah blok Asrama telah dibina.Kemudian setelah mendapat permintaan yang meningkat dari pelajar yang ingin tinggal di asrama blok ini telah ditambah sehingga menjadi 8 blok bangunan.Asrama Polteknik Ungku Omar berkeluasan 3.799 Hektar atau 9 Ekar 1 Road 22.0000 Pole.
         
         OBJEKTIF ASRAMA

Objektif Asrama adalah melahirkan pelajar yang beraklak mulia, berketerampilan dan berkebolehan melakukan aktiviti-aktiviti yang disertai.Mewujudkan peluang membina asas kepimpinan dan nilai-nilai kendiri di kalangan pelajar Asrama.
        
         MISI ASRAMA adalah untuk memberi perkhidmatan Kamsis Berkualiti.

1.   Menyediakan tempat penginapan pelajar sebaik mungkin.
2.   Menyediakan peralatan dan kelengkapan pelajar dan bilik yang selesa.
3.   Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pelajar semasa tinggal di Asrama.
4.  Menjalankan aktiviti kerohanian terutama kepada pelajar beragama Islam untuk mengasuh mereka supaya
    dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat apabila meninggalkan Asrama.

FALSAFAH ASRAMA

Pelajar adalah pelanggan atau insan cemerlang dan anggaplah mereka seperti anak sendiri.

         KEMUDAHAN ASAS YANG DISEDIAKAN DI ASRAMA

1.    Terdapat 5 buah rumah kediaman Warden, 3 buah rumah pekerja dan sebuah pejabat Felo.
2.    Sebuah Bilik Rawatan yang diselia oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan (U29).Lengkap dengan ubat-ubatan dan kemudahan perubatan.
3.     Asrama Politeknik Ungku Omar menyediakan sebuah Kafeteria.
4.     Sebuah Student Centre yang dijadikan sebagai pusat Gerakan Pelajar Asrama.
5.    Sebuah Koperasi disediakan untuk kemudahan pelajar membeli barang keperluan mereka tanpa perlu keluar dari kawasan Asrama.
6.      Sebuah tadika Pintar disediakan untuk memudahkan anak-anak Staf Politeknik belajar.
7.   Terdapat 2 buah bilik komputer dan sebuah siber cafe untuk memudahkan pelajar menyiapkan kertas kerja amali mereka.
8.    Asrama Politeknik Ungku Omar juga menyediakan 8 buah bilik yang boleh dijadikan bilik tamu.Setiap bilik tamu dilengkapi dengan 4 buah katil bujang, tilam, bantal dan sebuah bilik air didalamnya.
9.      Sebanyak 3 unit TV warna 29 inci disediakan di Asrama.
10. Sebanyak 1 set kerusi disediakan di bilik Rehat blok H dan 1 set
      kerusi lagi di Pejabat Felo.
      11. Mengadakan 2 buah wakaf (tempat rehat) pelajar iaitu
            berhampiran blok E dan sebuah lagi di blok A.
      12. Setiap bilik pelajar ada disediakan 2 buah katil besi, 2 buah tilam,
            2 buah bantal, 2 buah almari, kipas dan lampu.
13.  Bilik mencuci pakaian di 6 blok asrama.
14.  Sebanyak 4 buah mesin basuh disediakan.

15.Terdapat 16 unit mesin air (Coway) ada disediakan iaitu setiap
      blok ada 2 unit mesin di paras bawah dan paras 2 bangunan.
16.Terdapat  4 buah bilik Rehat pelajar.

SENARAI STAF SOKONGAN DI ASRAMA

1.    Pn Arshidah bt Mat Johor         -     Pengurus Asrama N32
2.    En Saiful Fazqi bin Li               -     Penolong Pegawai Perubatan U29
3.    En Abdul Halim bin Harun        -      JuruTeknik Kanan J26
4.    Pn Rosnani bt Ahmad              -     Ketua Penyelia Asrama N22
5.    Pn Aini bt Abdul Jamal             -     Penyelia Asrama N17
6.    Pn Rohana bt Mohd Nozri         -     Penyelia Asrama N17
7.    Pn Fauziah bt Soid                  -      Penyelia Asrama N17
8.    Encik Shahrul Kamr bin            -     Pembantu Am Pejabat N4
Ramli Muzammil
9.    En Morad bin Md Disa              -     Pembantu Am Pejabat N4

SENARAI WARDEN DI ASRAMA

1.    Tn Hj Ab Latif bin Saad                           -    Ketua Warden
2.    Tn Hj Mohd Yusof bin Yaakob                 -   Timbalan Ketua Warden
3.    En Zairi bin Osman                                -    Warden
4.    En Zaharuddin bin Mohd Nor                   -    Warden
5.    En Marzuki bin Mohammad                    -    Warden
6.    Ustaz Mohd Azrul bin Jaafar                    -   Warden
7.    Ustaz Mohd Shukri bin Mohd Isa             -    Warden
8.    En Sivasan Karan a/l Krishnan Nair          -   Warden
9.    Encik Azlan bin Ayob                             -    Warden
10. En Ahmad Sid Hijaz bin Md saaid           -    Warden
11. Pn Zuraini bt Gani                                  -    Warden
13. Pn Norhamidah bt Yatim                        -     Warden
14. Cik Norliza bt Mohd Noor                       -     Warden
15. Cik Masliza bt Mazlan                           -     Warden


“ Asrama Puo  dijamin selesa dan Selamat  “

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...