Selasa, 17 Disember 2013

Program Perajurit Moden 2013

Alhamdulillah,program Perajurit Moden 
ataupun lebih dikenali Kem Qiamuallail/Kem Ibadah
telah pun berlangsung dengan jayanya.
Ucapan tahniah dan terima kasih kepada
semua yang terlibat dalam program ini 
terutamanya Biro Kerohanian & Moral
yang sanggup korbankan masa untuk 
menyediakan kertas kerja program Prajurit Moden.

Program ini bermula pada 13-14 Disember 2013 
iaitu hari Jumaat & Sabtu yang lepas.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut 
adalah slot 1 bersama Ustaz Muhd Shukri bin Isa.
Pada hari Sabtu,program ini diteruskan lagi
dengan pengisian slot 2 bersama En. Isa Abdullah 
yang bertajuk “Egokah aku?”.
Slot 3 bersama En. Muhammad Zuhaidi bin Yaakob
(unit bimbingan kaunseling & kerjaya PUO)
yang bertajuk Mengorak Langkah.
Pada sebelah petang pula,majlis penutup Program Perajurit Moden
yang dirasmikan oleh Tn Haji Mohd Yusof b Yaakob 
selaku Timbalan Ketua Warden Asrama.
Program Perajurit Moden berakhir pada pukul 6.30 petang(Sabtu).

Antara gambar-gambar yang sempat kami rakam sepanjang program tersebut ...






















Admin :
Biro Multimedia & Inovasi
JPK Sesi Disember 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...